Dalam
sebuah kitab karangan Imam al-Ghazali menyebutkan bahawa iblis itu sesungguhnya
namanya disebut sebagai al-Abid (ahli ibadah) pada langit yang pertama, pada
langit yang keduanya disebut az-Zahid. Pada langit ketiga, namanya disebut
al-Arif. Pada langit keempat, namanya adalah al-Wali. Pada langit kelima,
namanya disebut at-Taqi. Pada langit keenam namanya disebut al-Kazin. Pada
langit ketujuh namanya disebut Azazil manakala dalam Luh Mahfudz, namanya ialah
iblis.
Dia
(iblis) lupa akibat urusannya. Maka Allah S.W.T telah memerintahkannya sujud
kepada Adam. Lalu iblis berkata, "Adakah Engkau mengutamakannya daripada
aku, sedangkan aku lebih baik daripadanya. Engkau jadikan aku daripada api dan
Engkau jadikan Adam daripada tanah."
Lalu
Allah S.W.T berfirman yang maksudnya, "Aku membuat apa yang aku
kehendaki." Oleh kerana iblis memandang dirinya penuh keagungan, maka dia
enggan sujud kepada Adam A.S kerana bangga dan sombong.
Dia
berdiri tegak sampai saatnya malaikat bersujud dalam waktu yang berlalu. Ketika
para malaikat mengangkat kepala mereka, mereka mendapati iblis tidak sujud
sedang mereka telah selesai sujud. Maka para malaikat bersujud lagi bagi kali
kedua kerana bersyukur, tetapi iblis tetap angkuh dan enggan sujud. Dia berdiri
tegak dan memaling dari para malaikat yang sedang bersujud. Dia tidak ingin
mengikut mereka dan tidak pula dia merasa menyesal atas keengganannya.
Kemudian
Allah S.W.T merubahkan mukanya pada asalnya yang sangat indah cemerlangan
kepada bentuk seperti babi hutan. Allah S.W.T membentukkan kepalanya seperti
kepala unta, dadanya seperti daging yang menonjol di atas punggung, wajah yang
ada di antara dada dan kepala itu seperti wajah kera, kedua matanya terbelah
pada sepanjang permukaan wajahnya. Lubang hidungnya terbuka seperti cerek
tukang bekam, kedua bibirnya seperti bibir lembu, taringnya keluar seperti
taring babi hutan dan janggut terdapat sebanyak tujuh helai.
Setelah
itu, lalu Allah mengusirnya dari syurga, bahkan dari langit, dari bumi dan ke
beberapa jazirah. Dia tidak akan masuk ke bumi melainkan dengan cara sembunyi.
Allah S.W.T melaknatinya sehingga ke hari kiamat kerana dia menjadi kafir.
Walaupun iblis itu pada sebelumnya sangat indah cemerlang rupanya, mempunyai
sayap empat, banyak ilmu, banyak ibadah serta menjadi kebanggan para malaikat
dan pemukanya, dan dia juga pemimpin para malaikat karubiyin dan banyak lagi,
tetapi semua itu tidak menjadi jaminan sama sekali baginya.
Ketika
Allah S.W.T membalas tipu daya iblis, maka menangislah Jibril A.S dan Mikail.
Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud, "Apakah yang membuat kamu
menangis?" Lalu mereka menjawab, "Ya Allah! Kami tidaklah aman dari
tipu dayamu."
Firman
Allah bagi bermaksud, "Begitulah aku. Jadilah engkau berdua tidak aman
dari tipu dayaku."
Setelah
diusir, maka iblis pun berkata, "Ya Tuhanku, Engkau telah mengusir aku
dari Syurga disebabkan Adam, dan aku tidak menguasainya melainkan dengan
penguasaan-Mu."
Lalu
Allah berfirman yang bermaksud, "Engkau dikuasakan atas dia, yakni atas
anak cucunya, sebab para nabi adalah maksum."
Berkata
lagi iblis, "Tambahkanlah lagi untukku." Allah berfirman yang
maksudnya, "Tidak akan dilahirkan seorang anak baginya kecuali tentu
dilahirkan untukmu dua padanya."
Berkata
iblis lagi, "Tambahkanlah lagi untukku." Lalu Allah berfirman dengan
maksud, "Dada-dada mereka adalah rumahmu, engkau berjalan di sana sejalan
dengan peredaran darah."
Berkata
iblis lagi, "Tambahkanlah lagi untukku." Maka Allah berfirman lagi
yang bermaksud, "Dan kerahkanlah terhadap mereka pasukan berkuda dan
pasukan yang berjalan kaki, ertinya mintalah tolong menghadapi mereka dengan
pembantu-pembantumu, baik yang naik kuda mahupun yang berjalan kaki. Dan
berserikatlah dengan mereka pada harta, iaitu mendorong mereka mengusahakannya
dan mengarahkannya ke dalam haram."
"Dan
pada anak-anak, iaitu dengan menganjurkan mereka dalam membuat perantara
mendapat anak dengan cara yang dilarang, seperti melakukan senggama dalam masa
haid, berbuat perkara-perkara syirik mengenai anak-anak itu dengan memberi nama
mereka Abdul Uzza, menyesatkan mereka dengan cara mendorong ke arah agama yang
batil, mata pencarian yang tercela dan perbuatan-perbuatan yang jahat dan
berjanjilah mereka." (Hal ini ada disebutkan dalamsurah al-Isra ayat 64 yang
bermaksud : "Gerakkanlah orang yang engkau kuasai di antara mereka dengan
suara engkau dan kerahkanlah kepada mereka tentera engkau yang berkuda dan yang
berjalan kaki dan serikanlah mereka pada harta dan anak-anak dan berjanjilah
kepada mereka. Tak ada yang dijanjikan iblis kepada mereka melainkan
(semata-mata) tipuan."
Tidak ada komentar:
Posting Komentar