Rasulullah S.A.W pernah
bersabda bahawa di dalam syurga itu terbahagi dalam kamar-kamar. Dindingnya
tembus pandang dengan hiasan di dalamnya yang sangat menyenangkan. Di dalamnya
pula terdapat pemandangan yang tidak pernah dilihat di dunia dan terdapat satu
hiburan yang tidak pernah dirasakan manusia di dunia.
"Untuk siapa kamar-kamar
itu wahai Rasulullah S.A.W?" tanya para sahabat.
"Untuk orang yang
mengucapkan dan menyemarakkan salam, untuk mereka yang memberikan makan kepada
yang memerlukan, dan untuk mereka yang membiasakan puasa serta solat di waktu
malam saat manusia lelap dalam mimpinya."
"Siapa yang bertemu
temannya lalu memberi salam, dengan begitu ia bererti telah menyemarakkan
salam. Mereka yang memberi makan kepada ahli dan keluarganya sampai
berkecukupan, dengan begitu bererti termasuk orang-orang yang membiasakan
selalu berpuasa. Mereka yang solat Isya' dan Subuh secara berjemaah, dengan
begitu bererti termasuk orang yang solat malam di saat orang-orang sedang tidur
lelap." Begitu Nabi menjelaskan sabdanya kepada sahabatnya.
Wallohu A’lam Bissowwab……
Tidak ada komentar:
Posting Komentar