Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa : "10
orang sholatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya:
1. Orang lelaki yang sholat sendirian tanpa membaca
sesuatu.
2. Orang lelaki yang mengerjakan sholat tetapi tidak
mengeluarkan zakat.
3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang
menjadi makmum membencinya.
4. Orang lelaki yang melarikan diri.
5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mau
meninggalkannya (Taubat).
6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
7. Orang perempuan yang mengerjakan sholat tanpa
memakai tudung.
8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim
menganiaya.
9. Orang-orang yang suka makan riba'.
10. Orang yang sholatnya tidak dapat menahannya dari
melakukan perbuatan yang keji dan mungkar."
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : "Barang
siapa yang sholatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji
dan mungkar, maka sesungguhnya sholatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah
S.W.T dan jauh dari Allah." HR. Bukhari Muslim
Hassan r.a berkata : "Kalau sholat kamu itu
tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka
sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan sholat. Dan pada hari
kiamat nanti sholatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu
bungkusan kain tebal yang buruk."
Tidak ada komentar:
Posting Komentar